fbpx

2 beranak dijangkiti Covid-19 terkandas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu dua beranak dijangkiti Covid-19 yang terkandas selepas rumah mereka di Felda Chiku 7, Gua Musang dinaiki air. FOTO IHSAN APM

GUA MUSANG – Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan dua beranak yang dijangkiti Covid-19 selepas rumah mereka di Felda Chiku 7 di sini ditenggelami banjir hari ini.

Pegawai APM Daerah Gua Musang, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada petugas kesihatan pada pukul 11 pagi tadi yang memaklumkan terdapat seorang wanita berusia 39 tahun bersama anak perempuannya berusia tiga tahun positif Covid-19 terkandas dalam banjir.

Katanya, empat anggota APM dan sebuah jentera bergegas segera ke lokasi kejadian untuk membawa kedua-dua pesakit itu ke Hospital Gua Musang dengan segera.

“Dua anggota APM yang mengendalikan bot memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebelum menaiki bot untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami berjaya mengeluarkan dua beranak itu untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, suami wanita berkenaan turut menaiki bot terbabit dan mereka dibawa ke hospital untuk pemantauan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN