fbpx

Pemandu kereta lawan arus didenda, dipenjara 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu berusia 34 tahun tersebut mengaku bersalah atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya. FOTO IHSAN JSPT

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenakan hukuman denda RM8,000 serta penjara selama enam bulan dari tarikh ditahan pada keesokannya kerana memandu kereta secara melawan arus di Bulatan Cheras, di sini Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini telah menjatuhkan hukuman itu selepas pemandu berusia 34 tahun tersebut mengaku bersalah atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.

“Pemandu dikenakan hukuman lima hari penjara wajib serta denda RM8,000 dan jika gagal membayar denda akan dipenjara selama enam bulan.

“Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan tertuduh juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kesalahan dinyatakan pada lesen memandu serta dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu.

Terdahulu, akhbar melaporkan pemandu itu dikesan dan dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S. Lee bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi satu minit 27 saat memaparkan kenderaan dipandu lelaki terbabit melawan arus dimuat naik pengguna TikTok dikenali @orangtua95.

Video tular itu antara lain mendakwa pemandu mabuk menjadi punca kenderaan itu melawan arus hingga mengakibatkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI