fbpx

SMS pertama di dunia akan dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMS pertama di dunia dihantar dalam rangkaian Vodafone hampir tiga dekad yang lalu. - Vodafone.de/ Twitter

PARIS – Mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) pertama di dunia akan dilelong dalam bentuk ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT)  oleh syarikat telekomunikasi Vodafone, lapor laman berita Wion News kelmarin. 

SMS pertama itu dijangka mendapat bidaan mencecah AS$200,000 (RM842,600).

Mesej itu dihantar menerusi  rangkaian Vodafone pada 3 Disember 1992 dan diterima oleh seorang  pekerja bernama Richard Jarvis semasa sambutan Hari Krismas  29 tahun lalu. 

SMS yang tertulis dalam 15 huruf iaitu ‘Merry Christmas’ itu dilelong dalam satu-satunya jualan seumpamanya yang diadakan oleh Rumah Lelongan Aguttes di Perancis.

Pembeli akan mendapat satu-satunya replika SMS itu setelah membuat bayaran menerusi transaksi menggunakan mata wang kripto, Ether. Lelongan tersebut pula  akan diadakan  secara online pada 21 Disember ini.

Hasil lelongan tersebut  akan didermakan kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membantu mangsa pemindahan secara paksa. 

Kebanyakan bahan NFT datang daripada karya seni digital  dalam bentuk imej, video, GIF dan muzik. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI