fbpx

Sejuta peminjam ditawarkan bantuan lanjut moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih sejuta peminjam telah ditawarkanprogram lanjutan moratorium bersasar dan fleksibiliti pembayaran balik pembiayaan oleh pihak bank, menurut Timbalan
Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah.

Jelasnya, setakat 21 Ogos, bank telah menghubungi kira-kira 1,015,848 peminjam yang merangkumi 908,773 individu, 94,685 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta 12,390 syarikat
lain-lain termasuk perniagaan korporat dan komersial bagi menawarkan bantuan pembayaran balik pembiayaan.

“Dalam tempoh dua minggu bermula 7 Ogos lalu, sebanyak 139,424 permohonan bantuan bayaran balik pembiayaan untuk pelanggan individu telah diterima dan sebanyak 109,172 daripadanya telah mendapat kelulusan.

“Bagi pelanggan PKS termasuk usahawan mikro pula, sebanyak 5,017 permohonan diterima dan 4,300 daripadanya telah mendapat kelulusan,” katanya.

MOHD. SHAHAR

Beliau berkata demikian dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan lanjutan moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat
pekerjaan.

Turut diumumkan pengurangan ansuran bayaran pinjaman yang sepadan dengan pengurangan gaji akibat Covid-19 bagi tempoh minimum enam bulan, bergantung kepada jenis pembiayaan.

Menurut Mohd. Shahar, hasil pertemuan dengan wakil bank, beliau dimaklumkan bank sudah bersedia untuk memberi bantuan dan memproses permohonan orang ramai, namun respons yang diterima masih belum seperti yang diharapkan.

“Peminjam harus ingat bank memerlukan masa untuk memproses permohonan dikemukakan, secara umumnya satu hingga lima hari untuk pelanggan individu dan tiga hari hingga dua
minggu untuk permohonan PKS.

“Saya menggesa orang ramai segera memberi maklum balas atau ke bank masing-masing untuk mengesahkan pakej bantuan bayaran balik pembiayaan yang ditawarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI