fbpx

Dua beradik maut MPV terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV dinaiki mangsa yang terbabas dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di Bentong hari ini.

BENTONG – Dua beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 44.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Wafa Safia Mohd. Hairy,17 dan adiknya Adam Haiqal,12, manakala kedua ibu bapa mereka dan seorang lagi adik bongsu mangsa mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 3.33 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menaiki kereta dipandu bapanya dalam perjalanan dari Shah Alam untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lelaki berusia 44 tahun dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas.

“Akibat kejadian mangsa yang merupakan anak pertama dan kedua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bersama dua lagi penumpang mengalami kecederaan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Zaiham mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya kes disiasat mengikut Seksyan 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI