fbpx

[VIDEO] ’18 kali tonton video ini tetap menangis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pertemuan Liza bersama anak dan keluarganya yang telah terpisah selama dua tahun.

PETALING JAYA – Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kerajaan memperketatkan sempadan negara dan ramai terpaksa berpisah sementara dengan keluarga terutamanya mereka yang bekerja di Singapura.

Menerusi perkongsian video oleh @Norshafika Rahmat di laman media sosial, kakaknya yang dikenali sebagai Liza dikatakan telah dua tahun tidak dapat pulang ke Malaysia dan akhirnya selepas kebenaran diberikan, dia berjaya membuat kejutan kepada keluarga dan anaknya.

Katanya, kakaknya dilihat berlakon seolah-olah tidak mengenali anaknya ketika mereka berselisih di sebuah pusat membeli belah dan akhirnya, anak kakaknya sendiri yang pergi menegur kakaknya.

Selain memberi kejutan kepada anak perempuannya, Liza turut mengejutkan ibunya di sebuah restoran dan pertemuan mereka itu dilihat penuh emosi.

Situasi itu berjaya menyentuh hati rata-rata orang ramai yang menonton dan mereka turut memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“18 kali dah saya nangis tengak video ini, nampak kerinduan tu,” kata @peyina.

“Naluri seorang anak memang kuat, walaupun ibunya tak tegur, anak sendiri kenal ibunya, semoga Allah beri kebahagiaan,” kata @username.

“Aku harap suatu hari nanti dapat jumpa semula dengan mak yang dah pergi meninggal dunia tahun lepas, rindu,” kata @syarifahzaina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI