KUALA NERUS – Hujan lebat berterusan sejak semalam menyaksikan dua kawasan masing-masing di daerah ini dan Dungun kembali dilanda banjir.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, setakat ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kasar, Hulu Nerus di sini dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja, Dungun.
“Seramai empat mangsa daripada satu keluarga ditempatkan di PPS SK Kasar di sini.
“Dewan Orang Ramai Pasir Raja pula setakat ini menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga,” katanya di sini hari ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, langkah berjaga-jaga telah diambil memandangkan hujan masih turun dengan lebat di kebanyakan tempat di negeri ini. – K! ONLINE