PUTRAJAYA – Kes kematian Covid-19 kini melepasi angka 31,000 selepas pertambahan sebanyak 37 kes, menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 31,026 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,274 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini
Kesemua kematian dilaporkan di Pulau Pinang (6), Johor (4), Kedah (4), Perak (4), Terengganu (4), Negeri Sembilan (3), Pahang (3), Selangor (3), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Kelantan (1) dan Melaka (1) serta tiada kematian di Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya. – K! ONLINE.