fbpx

Amaran hujan lebat di Kemaman dan Kuantan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran merah atau bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kemaman, Terengganu dan Kuantan, Pahang hari ini.

Manakala amaran jingga atau buruk iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku dikeluarkan bagi seluruh Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu serta Pahang.

“Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Pahang di Tanah Cameron, Lipis, Jerantut dan Pekan,” kata MetMalaysia di Facebook pagi ini.

Menurut MetMalaysia, amaran kuning atau waspada iaitu hujan berterusan dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan di Raub, Bentong, Temerloh, Maran serta Bera di Pahang.

Dalam pada itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit di Sarawak pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI