PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
IJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu tiba di IJN kira-kira pukul 7 petang tadi.
“Tun Mahathir juga dijangka akan berada di IJN untuk beberapa hari lagi,”kata kenyataan tersebut.
Bapa Pemodenan itu yang berusia 96 tahun juga merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – K! ONLINE