fbpx

Omicron merebak terlalu pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 29 November 2021 menunjukkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berucap pada sesi khas Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva. - AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian baharu Covid-19, Omicron merebak pada kepantasan yang tidak pernah dilihat sebelum ini serta menyebabkan vaksin sedia ada kurang berkesan, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

WHO bagaimanapun berkata, vaksin masih memberikan ‘perlindungan ketara’ daripada koronavirus.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata,  varian yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Hong Kong pada  bulan lepas dan telah dilaporkan oleh 77 negara itu tidak boleh diketepikan dan dianggap sebagai ‘ringan’.

“Omicron merebak pada kadar yang tidak pernah dilihat pada  mana-mana varian sebelum ini.

“Walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk, bilangan kes yang banyak sekali lagi boleh mengatasi sistem kesihatan yang tidak bersedia,” katanya.

Beliau tanpa memberikan butiran khusus menambah, bukti yang berkembang menunjukkan penurunan kecil dalam keberkesanan vaksin terhadap varian tersebut.

Satu kajian di dunia nyata yang diterbitkan kelmarin Selasa menunjukkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kurang berkesan di Afrika Selatan dalam memastikan individu yang dijangkiti virus itu tidak dimasukkan ke hospital. Varian Omicron muncul di Afrika Selatan pada  bulan lalu.

Namun, Pengarah kecemasan WHO, Mike Ryan berkata bahawa vaksin tidak gagal dan tetap memberikan perlindungan yang ketara terhadap penyakit yang teruk dan kematian.

“Persoalannya adalah sejauh mana perlindungan vaksin sedia ada yang digunakan kini mampu menyelamatkan nyawa terhadap semua varian dan sejauh manakah kami kehilangan perlindungan terhadap penyakit teruk dan kematian melibatkan varian  Omicron.

“Data menunjukkan bahawa terdapat perlindungan yang ketara,” kata Ryan.

Tedros berkata, suntikan dos penggalak boleh memainkan peranan dalam mengekang penyebaran Covid-19, selagi individu yang paling memerlukan perlindungan juga mendapat akses terhadapnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI