PETALING JAYA – Orang ramai bantah ura-ura telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah kerana menyumbang kepada kes buli.
Terbaharu, seramai 10 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian buli pada 10 Disember lalu telah ditamatkan pengajian mereka berkuat kuasa 14 Disember 2021.
Menurut laporan yang dikeluarkan, punca kejadian yang berlaku adalah disebabkan menegur rakan agar tidak menonton video lucah.
Susulan dari kejadian tersebut, sesetengah ibu bapa menggesa supaya pihak pengurusan sekolah memperketatkan larangan membawa telefon bimbit.
Sementara itu, rata-rata orang ramai dilihat bantah dan luah rasa tidak puas hati dengan cadangan tersebut
“Oh bagus idea itu, berlakunya kes buli kerana telefon dibenarkan di sekolah dan asrma. Lepas ini tiada lagi kes buli di sekolah sebab telefon dah dilarang dan baru tahu rupanya bawa telefon bimbit punca masalah buli,” kata @Syukrih.
“Tak ada telefon, tak viral, tak ada kes, tak ada kerja lebih, tak menyusahkan staf. Itu perkara utamanya kan, nak suruh pelajar bersabar? Lebih baik rakam dan tularkan dan baru ada tindakan,” kata @Mac!.
“Masalahnya perangai pelajar tak betul. Tapi kau salahkan isu penggunaan telefon bimbit tak boleh bawa ke sekolah,” kata @Razzi_NG. – K! ONLINE