fbpx

Fattah Amin tidak peduli gelaran Baby Of The Year

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura bersama Fattah.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fattah Amin tidak mahu memikirkan soal jolokan Baby Of The Year kepada bayi sulungnya yang dijangka dilahirkan Oktober ini.

Menurut Fattah, 30, dia tidak mahu memikirkan tentang gelaran tersebut dan hanya berdoa agar zuriatnya dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.

“Bagi saya, gelaran Baby Of The Year tidak penting. Apa yang saya sangat titik beratkan adalah anak saya selamat dilahirkan dan isteri juga sihat.

“Sama seperti bakal bapa lain, saya sangat berharap dan berdoa semua urusan bersalin isteri dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon Playboy Itu Suami Aku, dia berasa sangat teruja membilang detik menanti ketibaan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama aktres jelita, Fazura Sharifuddin.

Sering mendapatkan nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan rapat tentang tip penjagaan bayi, Fattah semakin yakin untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Kebanyakan mereka memberi nasihat sama iaitu bersiap sedia untuk tidak tidur malam.

“Saya rasa itu situasi normal untuk semua ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata, jadi saya okey sahaja dan sudah bersedia,” jelasnya lagi.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017 selepas berkenalan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada tahun sama.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI