fbpx

Wan Junaidi kongsi kejayaan Malaysia perangi rasuah di konvensyen PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN JUNAIDI berucap secara rakaman video mewakili Malaysia untuk Persidangan UNCAC di Mesir minggu ini. – Ihsan Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA – Kejayaan Malaysia membanteras rasuah antara dikongsi pada Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCAC) yang diadakan di Mesir ketika ini.

Ia didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mewakili Malaysia pada persidangan dwitahunan itu yang berlangsung di Pusat Kongres Antarabangsa, Sharm El-Sheikh dengan dihadiri 152 negara anggota PBB yang memeterai UNCAC sejak 2003.

“Komitmen kerajaan Malaysia malahan dapat dilihat jelas dalam pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 melalui Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Negara,” katanya.

Menurut kenyataan pejabatnya, semua negara yang berhimpun menyatakan komitmen dalam memastikan keberkesanan kerjasama sejagat menentang gejala rasuah termasuk memperkukuhkan pelbagai artikel UNCAC bagi membendung jenayah korupsi ketika dunia berada dalam fasa pemulihan selepas terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi yang berucap secara rakaman video berkata, Malaysia turut teguh menyokong usaha PBB itu dalam menangani amalan rasuah di peringkat antarabangsa.

“Malaysia bahkan berjaya menyita aset berjumlah RM5 bilion, sebahagian besar ialah aset dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pelbagai kes,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut berkongsi usaha negara antaranya memperkenalkan peruntukan baharu di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 1990 berhubung liabiliti korporat berkuat kuasa sejak 1 Jun 2020.

Langkah ini untuk memerangi rasuah dalam kalangan sektor swasta selain penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi meningkatkan keberkesanan Akta SPRM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI