fbpx

Video tular buli pelajar di Kelantan kes lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkar layar video kes buli di SMK Kemahang, Tanah Merah yang berlaku tahun lalu kembali tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

BACHOK – Polis Kelantan menafikan video berkaitan kes buli yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemahang, Tanah Merah yang kini tular di media sosial merupakan kes terbaharu yang berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, video berdurasi 26 saat itu dimuat naik semula sejak semalam selepas kes buli yang melibatkan pelajar di sebuah asrama di Perak minggu lalu.

Menurutnya, kes berkenaan berlaku pada tahun lepas dan semua tindakan sudah diambil termasuk menahan pelajar, menuduh mereka sehingga kes selesai dibicarakan di mahkamah.

“Saya minta video itu tidak disebarkan semula kerana ia akan menimbul salah faham orang ramai. Ia sudah diselesaikan mengikut prosedur perundangan.

“Video berkenaan memaparkan tiga pelajar lelaki berusia 17 tahun pada ketika itu, membuli seorang mangsa di sebuah bilik asrama adalah kes lama yang tidak seharusnya dimuat naik atau dikongsikan semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Prihatin Majlis Jaksa Pendamai Kelantan kepada warga polis Bachok dan asnaf di Sudara Beach Resort di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 50 penerima melibatkan pasara polis dan asnaf menerima sumbangan wang tunai, beg bekalan makanan asas dan beras.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI