fbpx

Hasil 140,000 pokok nanas di ladang wakaf terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zakiyuddin (kiri) meneliti buah nanas yang ditanam di atas tanah wakaf di Kampung Tun Sardon, Jalan Ara Kuda di Tasek Gelugor hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Tanah wakaf terbiar seluas kira-kira 2.4 hektar di Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini dijadikan ladang nanas sekali gus membantu menjana pendapatan asnaf sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali berkata, program perintis yang dilaksanakan menerusi Projek Peladang Usahawan Asnaf itu sebagai permulaan membabitkan enam asnaf yang terpilih menerusi tapisan ketat.

“Kita kenalpasti tanah wakaf yang terbiar untuk dibangunkan dan peruntukan sebanyak hampir RM200,000 digunakan untuk menjayakan projek ini.

“Semua keuntungan hasil jualan daripada 140,000 pokok nanas yang ditanam akan dikembalikan kepada asnaf sebagai bonus, selain elaun bulanan yang turut diberikan secara tetap,” katanya kepada pemberita ketika perasmian ladang itu yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman hari ini.

Selaian ZPP, agensi lain terlibat dalam menggerakkan projek berkenaan termasuklah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Wakaf Pulau Pinang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Tambahnya Amran, peserta projek diberikan masa selama tiga tahun untuk meningkatkan kemahiran dalam mengusahakan tanaman nanas terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI