fbpx

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia kira-kira pukul 12.26 tengah hari tadi.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, gempa bumi berukuran 5.6 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jarak 404 kilometer (km) Selatan dari Ambon.

“Selain itu, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.3 darjah Selatan dan 128.7 darjah Timur dengan kedalaman 24 km .

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini.

Terbaru, gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala richer turut dilaporkan di kawasan Jawa, Indonesia pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI