fbpx

PRN Sarawak: Pengundi dinasihatkan tidak mengundi saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING- Seramai 1,213,769 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Sabtu ini dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat akhir selain sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi diingatkan membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

“Pengundi juga dinasihatkan menyimpan kad pengenalan dengan selamat dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, pengundi yang mengetahui maklumat pengundian juga disaran untuk terus ke saluran mengundi ditetapkan.

“Semakan lebih awal sebelum hari mengundi boleh dibuat melalui saluran seperti Aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Semasa membuat semakan, pengundi disaran menyimpan maklumat penting seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI