fbpx

2 Empangan Sabo dibina Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (dua dari kiri) bersama Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) meninjau tapak projek pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

YAN – Pembinaan dua Empangan Sabo di kaki Gunung Jerai di sini dijangka bermula pada Januari depan dan siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.

Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua empangan tersebut akan dibina di kawasan rekreasi Titi Hayun di sini dan Tupah dalam daerah Kuala Muda dekat sini dengan kos sebanyak RM22.8 juta.

Katanya, empangan tersebut iaitu yang pertama memiliki struktur lengkap di negara ini berupaya mengurangkan impak banjir serta kejadian kepala air atau aliran puing di kawasan tersebut.

“Sepanjang projek itu dilaksanakan, kawasan rekreasi berkenaan akan ditutup sepenuhnya kepada pengunjung bagi memastikan kelancarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Empangan Sabo serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di Pusat Bekalan Titi Hayun di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI