fbpx

Harga barang jadi ‘KPI’ rakyat kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
MOHD. YUNUS YAKKUB,
WAKIL KOSMO! SELANGOR

KALIMAT makan untuk hidup atau hidup untuk makan acap kali menjadi pertikaian bagi segelintir individu berhubung tabiat makan seharian mereka.

Namun isu utama yang membuatkan rakyat pening kepala ketika ini adalah kenaikan harga barangan.

Golongan B40 dan M40 antara paling terkesan sehingga tidak salah sekiranya mereka menjadikan isu itu sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sebenar kepada kerajaan selain kadar gaji serta peluang pekerjaan.

Rakyat berharap ‘magis’ dapat dijelmakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memandangkan beliau sangat dekat dengan isu kepenggunaan.

Ini ekoran kejayaannya ketika menyandang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan selain Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini menerusi agenda jihad memerangi orang tengah.

Bagi Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, kenaikan harga barang berlaku akibat kelemahan Malaysia untuk menjadi negara pengeluar seperti Thailand.

“Persoalan utama kenapa kita terus menjadi negara pengimport. Thailand yang mempunyai cuaca hampir sama dengan Malaysia boleh mengeluarkan bawang, buah-buahan, cili dan sayur-sayuran berkualiti tinggi.

“Tanah kita banyak lagi yang boleh digunakan sebagai pertanian serta penternakan, bukannya semua pasir. Jadi, tanam semua produk yang asyik dikaitkan dengan kenaikan harga,” katanya.

Jelas beliau, perlu ada satu jawatankuasa mengkaji kenaikan harga bahan mentah, bukan sahaja di Malaysia, malah negara-negara yang diimport barangan mereka oleh negara ini.

“Jadi, apabila harga baja di negara pengimport naik, kita tidak terlampau ‘terperanjat’ seperti yang berlaku ketika ini.

“Sekarang kebanyakan harga bara­ng meningkat, rasio­nalnya agak susah apabila harga sudah melambung akan turun semula. Dahulu pun, orang kaitkan de­ngan harga minyak, namun apabila harganya turun, ia tidak memberi kesan penurunan harga barang yang ketara,” ujarnya.

Fatimah juga menyarankan kerajaan membuat satu sistem harga siling setiap enam bulan sekali supaya dapat memantau pergerakan kenaikan harga de­ngan lebih berkesan.

Sementara itu, Timbalan Presi­den Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun menyedari harga barangan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, namun kerajaan harus mempunyai pelan intervensi jangka panjang.

Menurutnya, langkah penstabilan harga telah telah dilaksana­kan kerajaan menerusi jualan Keluarga Malaysia dan pengimportan bekalan ayam sejuk beku dan sumber ikan segar beku QFish

Persatuan Nelayan Kebangsaan, namun bersifat jangka pendek.

“Negara ini mengamalkan pasaran terbuka dan campur tangan kerajaan agak terhad tetapi perlu lakukan sesuatu bagi jangka panjang agar isu ini tidak kerap kali berulang sehingga membebankan pengguna.

“Contoh harga ayam, kenapa naik dikaitkan dengan faktor makanan atau ubat-ubatan yang diimport? Pastinya harga sukar dikawal kerana ditentukan oleh negara pembekal.

“Justeru, kita perlu menjadi negara yang mampu menghasilkan makanan sendiri supaya ‘nikmatnya’ lebih terasa kepada kehidupan seharian” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI