fbpx

Ibu tunggal tanam terung selepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Zuffika Aida memungut hasil terung di kebunnya di Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal di sini kembali bangkit menjana pendapatan dengan mengusahakan kebun terung selepas gagal dalam perkahwinannya, tiga tahun lalu.

Noor Zuffika Aida Rosgi, 26, yang belajar kaedah menanam melalui YouTube kini mengusahakan 1,100 polibeg pokok terung dan mampu memungut hasil sebanyak 150 kilogram sehari untuk dipasarkan kepada pemborong meskipun baru menceburi bidang itu empat bulan lalu.

Dia yang mesra disapa dengan panggilan Aida berkata, bagi memulakan pertanian menerusi teknologi fertigasi itu, dia bermula dengan modal sebanyak RM25,000 selepas membuat pinjaman dengan Amanah Saham Nasional Berhad serta ahli keluarganya.

Katanya, dia akan membersih­kan kebun dan mengutip hasil terung bermula pukul 7 pagi setiap hari sebelum memasarkan tanaman itu kepada pemborong di bandar Gua Musang.

“Saya berminat menjadi petani selepas melihat tidak ramai golongan wanita muda dalam bidang pertanian.

“Saya juga bersemangat untuk mencari pendapatan sendiri ke­rana selepas bercerai, saya banyak bergantung kepada keluarga untuk perbelanjaan harian bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Jeram Tekoh di sini semalam.

Menurut Noor Zuffika Aida, harga pasaran terung ketika ini dianggarkan RM3 sekilogram dan dia dijangka menuai hasil terung sebanyak tiga tan metrik pada hujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI