fbpx

Pertingkatkan usaha bendung jenayah ekonomi di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar peningkatan jenayah ekonomi dijangka bertambah dalam masa terdekat ini sekiranya tiada kaedah yang betul untuk menangani masalah tersebut ekoran isu kenaikan harga barang dan pendapatan golongan B40 yang telah terjejas.

 Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak, Datuk Dr. Yusoff Nook berkata, pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada pendapatan kumpulan B40 dan ini pastinya akan menggalakkan mereka beralih kepada alternatif lebih murah tanpa mengira kualiti, keselamatan termasuk perkara yang tidak sah dari segi undang-undang. 

Menurutnya, isu ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri serta agensi penguatkuasaan undang-undang yang  berkaitan bagi  meneliti kaedah untuk menangani jenayah ekonomi dan menutup ketirisan kepada ekonomi negeri.

“Komitmen berterusan kerajaan negeri Sarawak untuk mengekalkan kadar rendah jenayah boleh disokong menerusi lebih banyak inisiatif untuk menangani jenayah ekonomi seperti rokok seludup bagi mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang lebih baik.

 “Kadar jenayah di negeri ini  adalah di bawah purata nasional  dan ia adalah gambaran usaha kerajaan negeri yang bekerja rapat dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga kehidupan dan harta di negeri ini.

“ Hubungan kerja yang baik ini hendaklah dikekalkan, malah telah dicontoh oleh negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu,  Yusoff  menegaskan, satu kes utama yang harus diberi perhatian adalah  Sarawak merupakan satu daripada negeri yang memiliki kadar rokok seludup tertinggi di Malaysia yang mana sembilan daripada 10 rokok yang dijual adalah rokok seludup dan tidak dibayar cukai.

“Jenayah ekonomi yang tidak terkawal ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian hasil berbilion ringgit, tetapi juga memperkaya penjenayah, yang kemudiannya menggunakan wang itu untuk merasuah dan memudah cara penyusupan penjenayah di dalam institusi penguatkuasaan undang-undang dan politik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI