fbpx

Sentuhan Gerrard terus menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMSEY meledak gol pembukaan Villa menerusi larian solo menarik sehingga mendapat pujian Gerrard ketika mereka menewaskan Norwich 2-0 awal pagi semalam. – AFP

NORWICH – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard percaya pasukannya sudah kembali ke landasan tepat untuk bersaing di Liga Perdana Inggeris hasil kesungguhan seluruh pemain untuk mengubah nasib pasukan itu.

Awal pagi semalam menyaksikan Villa berjaya mencatat kemenangan 2-0 menewaskan Norwich selepas Jacob Ramsey meledak gol menerusi larian solo pada minit ke-34 sebelum Ollie Watkins melengkapkan malam cemerlang menerusi gol kedua pada minit ke-87.

Gerrard kini berjaya me­raih empat kemenangan daripada enam perlawanan sejak mengambil alih jawatan pengurus di Villa Park dan mengalami dua kekalahan ketika berdepan Manchester City dan Liverpool.

Keputusan itu menyaksikan Villa kini melonjak kedudukan di tangga ke­sembilan selepas 17 perlawanan dengan meraih 22 mata sekali gus mengeluarkan mereka daripada kemelut prestasi sebelum ini.

“Ia adalah persembahan yang cukup baik terutama beraksi di gelanggang lawan. Saya fikir kami menguasai sebahagian besar perlawanan. Kami memberikan kesukaran buat mereka dan sangat berbahaya setiap kali melakukan serangan.

“Ketika keputusan 1-0, ia sentiasa memberikan kami risiko tetapi saya sangat gembira menyaksikan Ollie meledak gol kedua untuk mengesahkan kemenangan.

“Seluruh staf kejurulatihan di akademi layak untuk mendapat pujian. Kami mempunyai ramai jurulatih hebat yang sentiasa memberikan fokus membangunkan para pemain muda.

“Biarpun kami berdepan situasi sukar ekoran masalah kecederaan dan Covid-19, pemain-pemain muda kami mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan tersebut,” ­jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI