fbpx

‘Sindiket penipuan merosakkan reputasi saya’ -DDNK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Nazri Khan (dua dari kanan) bersama dari kiri, Azizan Karim, Datin Hasmawatie dan Nur Azman Abdullah menunjukkan bukti dan laporan polis pada sidang media, semalam.

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Pengurus wang bertauliah, Datuk Dr. Nazri Khan Adam Khan (DDNK) mendedahkan taktik sindiket penipuan yang menggunakan namanya sehingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit.

Selain menggunakan gambar, poster, slogan, petikan suara di radio dan bual bicara serta kandungan daripada laman sosial, menurut Nazri mangsa juga dimanipulasi melalui kononnya pelaburan yang dibuat mampu mengaut keuntungan dalam tempoh yang singkat.

“Melibatkan hampir 100 mangsa dan jumlah keseluruhan juga bernilai hampir RM100,000. Modus operandi mereka amat licik dengan jaminan tidak masuk akal yang memberi pulangan 100 peratus dan modal berganda dalam beberapa hari saja. Sindiket itu juga menipu dengan tawaran tidak wujud menggunakan nama saya selain nama syarikat juga.

“Sekarang ini lebih mudah kerana mereka boleh mengumpan mangsa menerusi dalam talian dan hampir 100 mangsa datang kepada saya dengan mengemukakan bukti penipuan iaitu perbualan dan rakaman suara di WhatsApp” katanya pada sidang akhbar berkaitan penyalahgunaan namanya menerusi pelbagai medium oleh sindiket penipuan di Hotel Berjaya Times Square, di sini.

Menurut Nazri masalah yang sudah berlarutan selama beberapa tahun ini semakin meruncing dalam tempoh pandemik memandangkan kebanyakan kelas sahamnya dilakukan secara dalam talian.

“Kegiatan ini semakin serius sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana sebelum itu tidak terlalu agresif. Ramai mangsa adalah dalam kalangan mereka yang tidak sofistikated dan setakat ini lebih 100 individu dan syarikat dikesan menggunakan nama saya.

“Antara kesannya apabila keadaan ini tidak terkawal selain memburukkan reputasi, ramai yang sangsi dengan syarikat saya selain itu juga seminar saya.

“Saya sudah membuat beberapa laporan polis dan setakat ini belum ada tindakan dan saya mengharapkan kerjasama pihak berkuasa dalam membanteras kegiatan terbabit kerana dikhuatiri menjadi barah kepada industri pelaburan jika dibiarkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI