fbpx

Pemandu kereta Toyota Camry direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dibawa keluar dari mahkamah Majistret Bentong selepas diperintahkan tahanan reman selama empat hari.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Pemandu kereta jenis Toyota Camry yang melanggar penunggang dan pembonceng motosikal di Kilometer 56.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak semalam direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Rozianti Mohamed Hanaphi kira-kira pukul 10.45 pagi tadi

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, pemandu kereta berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Pemandu berkenaan dibawa ke Mahkamah pagi ini dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, hari ini.

Semalam tular dalam media sosial kejadian sebuah kereta yang memotong di laluan kecemasan melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri.

Susulan itu suspek telah ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Gombak untuk membuat laporan polis semalam.

Dalam pada itu, Yusof berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika pemandu kereta dan motosikal menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu kereta di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapan dan motosikal dari lorong kecemasan telah mengelak lalu terbabas ke kiri dan jatuh ke tebing kiri jalan.

“Pemandu kereta tidak memberhentikan kenderaan dan lari dari tempat kejadian manakala mangsa mendapat rawatan di Hospital Bentong,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI