fbpx

Amaran ribut petir di 6 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di enam buah negeri petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka melanda beberapa daerah di negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga pukul 8 malam ini.

“Keadaan itu dijangka akan melanda daerah Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang cuaca sama boleh berlaku di Bentong, Temerloh dan Bera.

“Selain itu, cuaca sama juga dijangka akan melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Langat, Selangor,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut memberi amaran cuaca sama di daerah Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka berlaku di Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing) dan Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI