fbpx

200 ekor lembu terselamat, rumah simpan dedak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah tempat menyimpan makanan lembu terbakar dalam kejadian di Jalan Perak, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Lebih 200 ekor lembu di sebuah kandang di Jalan Perak di sini nyaris terkorban apabila sebuah kediaman dua tingkat yang dijadikan sebagai tempat menyimpan makanan ternakan itu terbakar hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.16 tengah hari itu menyebabkan rumah separa kayu dua tingkat yang terletak bersebelahan kandang haiwan ternakan itu hangus 90 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kurang lima minit dan api padam sepenuhnya pada pukul 12.49 tengah hari.

“Semasa kejadian, pemilik kandang tiada di lokasi berkenaan dan hanya terdapat pekerjanya.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa mahupun kematian ternakan di situ manakala kesemua ternakan berjaya diselamatkan pekerja terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut berhubung punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik bomba.

Difahamkan, pemilik kandang berkenaan berdepan kerugian puluhan ribu ringgit berikutan bekalan dedak yang baru dibelinya baru-baru ini musnah terbakar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI