fbpx

Abdul Khalid tampak susut di umur 75 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Khalid (tengah) bersama keluarganya

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini tampil dengan tubuhnya yang tampak susut berbanding sebelum ini.

Penampilan tersebut menerusi kenyataannya di akaun Facebook rasminya yang menzahirkan rasa syukur menyambut hari lahirnya ke-75 tahun bersama keluarga.

“Syukur Alhamdullillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat dari semua teman melalui WhatsApp dan media sosial,” katanya.

Pada Mei lalu, Abdul Khalid yang juga bekas Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang terpalit dengan khabar angin bahawa dirinya telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Selangor dari tahun 2008 hingga 2014 itu menafikan dakwaan tersebut dan bersyukur dikurniakan umur yang panjang serta kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa ketika itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI