fbpx

Kes dadah disebut semula Januari, Isma Halil sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adi (kanan) yang mewakili Isma memegang tabung yang tertulis Tabung Persahabatan Ikhlas yang tertera wajah Isma di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini, hari ini telah menetapkan 27 Januari 2022 bagi tarikh sebutan semula kes penyampai radio dan Isma Halil Hamzah yang berdepan dengan  pertuduhan mengedar dadah.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh itu selepas mendapati  laporan kimia masih belum dapat disediakan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Mengikut pertuduhan, Isma, 48, didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat  409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh dihukum  dibawah Seksyen 39B (2) Akta  sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sejurus selepas prosiding, peguam yang mewakili Isma, Adi Zulkarnain Zulkafli berkata, anak guamnya perlu menunggu  dua bulan lagi sehingga tarikh sebutan  kes berikutnya sementara menunggu laporan kimia siap.

“Setakat ini, anak guam saya masih direman di Penjara Sungai Buloh sehingga kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi kelak. Proses ini akan mengambil masa yang lama dan diharap tiada sebarang pihak yang membuat sebarang spekulasi,” ujarnya.

Sementara itu Adi Zulkarnain turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan berkaitan masalah kesihatan anak guamnya.

“Keadaan Isma sihat, beliau diberikan kerja dalam penjara dan tiada aduan berkaitan kesihatan. Isma juga ada kongsi tulisan tangan berkenaan keadaan beliau dalam penjara dan saya akan kongsikan di Facebook (Fb) saya hari ini,” kata peguam itu.

Turut hadir dalam prosiding itu, isteri Isma, dan anak lelakinya yang berusia 13 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI