fbpx

48 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 48 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 30,956 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 12 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,266 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini

Kesemua kematian dilaporkan di Pulau Pinang (8), Kelantan (6), Sabah (6), Terengganu (6), Selangor (5), Perak (4), Johor (3), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kuala Lumpur (2), Pahang (1), Sarawak (1) dan Labuan (1) serta tiada kematian di Melaka, Perlis dan Putrajaya.

Terdapat 57,674 kes aktif melibatkan 47,600 kes dikuarantin di rumah, 5,280 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 4,412 kes di hospital, 181 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 201 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 4,097 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,021 kes), Johor (436 kes), Kelantan (428 kes), Pahang (329 kes), Kuala Lumpur (317 kes), Pulau Pinang (285 kes), Kedah (267 kes), Sabah (232 kes), Terengganu (183 kes), Melaka (159 kes), Negeri Sembilan (159 kes), Perak (139 kes), Sarawak (64 kes), Perlis (39 kes), Putrajaya (27 kes) dan Labuan (12 kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI