PETALING JAYA – Seorang pembida lelaki yang berjaya dalam lelongan harta milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat didakwa pergi bercuti ke luar negara selepas dilaporkan gagal menyelesaikan urusan transaksi pembayaran secara tunai.
Sebelum ini, pembida tersebut telah berjaya membida barangan yang disita di kediaman Sajat di Kota Damansara dengan harga RM132,000, tetapi gagal membuat pembayaran dengan alasan tidak membawa tunai dan kemudiannya terus menghilangkan diri.
Susulan dari kejadian tersebut, orang ramai mula mencari identiti sebenar pembida lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesal di media sosial.
Rata-rata orang ramai mendakwa lelaki tersebut merupakan pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sehingga laman Instagram miliknya @iwan_utaraa telah diserang dengan pelbagai komen.
“Dah bida dan kemudian lari pergi ke luar negara, kalau rasa tak nak nama naik sekali, jangan terlibat. Sekarang dah jadi masalah,” kaat @rubyatul93.
“Nikah kambing hitam yang dihantar, kesian,” kata @mnabil.h.
“Kenapalah ganggu proses bida, kalau memang tak nak bayar, tak perlu susahkan orang lain,” kata @Supercube.
Semalam aset Sajat dijual dan hanya tiga pembida dibenarkan masuk pada proses terakhir dengan dikenakan deposit RM5,000, namun sehingga pukul 4 petang lelaki dikenali Syazwan tidak datang untuk menyelesaikan pembayaran tunai sehingga memaksa peguam membuat pembidaan sekali lagi kelam. K! ONLINE