fbpx

Cikgu Ahmad tergamam pelajar beri hadiah kereta Aruz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Ahmad memegang replika kunci kereta Perodua Aruz yang dihadiahkan pelajarnya.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan bekas pelajar mengumpul wang bagi menghadiahkan sebuah kenderaan kepada guru mereka yang mahu bersara mendapat pujian orang ramai.

Melalui satu hantaran di media sosial, difahamkan kumpulan bekas pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) tahun 1980 sehingga 2021 itu telah membuat kutipan untuk membayar sebuah Perodua Aruz secara sekaligus sebagai tanda menghargai jasa guru mereka yang dikenali sebagai Cikgu Ahmad Bidin, 58.

Lebih menarik, nombor pendaftaran kereta tersebut juga membawa makna tersendiri di mana merupakan nama guru tersebut serta tahun beliau mula mengajar dan bersara.

Tambah hantaran itu katanya, guru terbabit bertugas sebagai guru matematik dan matematik tambahan di TKC sejak tahun 1985.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai memuji usaha pelajar-pelajar tersebut selain menganggap guru berkenaan pasti amat dihargai oleh pelajarnya.

“Mesti cikgu ni baik sangat dengan pelajar-pelajarnya sampai pelajar hargai dia begini sekali. Guru yang baik pelajar akan kenang sampai bila-bila,” kata natadecoco.

“Tahniah cikgu. Berjaya lahirkan pelajar hebat yang tak pernah lupa jasa cikgu. Selamat bersara Cikgu Ahmad. Enjoy your retirement period,” kata Amalina.

Dalam pada itu cikgu Ahmad berkata, dia masih tergamam dan tidak tahu sebab utama semua pelajarnya menghadiahkannya kereta.

“Tidak terkata, kenapa mereka sanggup kumpul puluhan ribu duit untuk saya, apa-apa pun terima kasih semua,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI