fbpx

Aksi United, Brentford ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUSAT latihan pasukan United di Carrington ditutup untuk membantu mengawal penularan pandemik Covid-19. – AGENSI

MANCHESTER – Selepas Tottenham Hotspur, giliran Manchester United terpaksa berdepan penangguhan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila pertemuan dengan Brentford terpaksa diubah ke satu tarikh lain.

Penangguhan itu terpaksa dibuat selepas The Red Devils terpaksa menutup pusat latihannya di Carrington ekoran berlaku penularan Covid-19.

“Keputusan ini terpaksa diambil atas dasar garis panduan daripada penasihat perubatan selepas keadaan wabak luar biasa yang menghimpit Manchester United.

“Operasi di pusat latihan di Carrington ditutup untuk membantu pasukan mengawal penularan dan meminimumkan risiko jangkitan kepada pemain serta kakitangan kelab,” kata pihak penganjur menerusi satu ke­nyataan.

Dalam kenyataan berasingan, Liga Perdana Inggeris dilaporkan merekodkan kes positif yang agak tinggi dengan mencatatkan 42 kes.

Untuk itu, penganjur akan memulakan semula langkah kecemasan buat kesemua pasukan.

“Keselamatan semua orang adalah menjadi keutamaan dan Liga Perdana Inggeris sedang mengambil semua langkah berjaga-jaga selepas berlaku peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara.

“Kami akan kembali kepada Langkah Kecemasan dan meningkatkan kekerapan ujian saringan PCR kepada pemain serta kakitangan. Sejak 12
Disember, seramai 3,805 pemain dan kakitangan diuji dan daripada jumlah itu, 42 didapati positif.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI