“Sudah 4 tahun saya bermain Liga Fantasi dan ini kali pertama saya menyertai liga yang dianjurkan oleh Kosmo! Saya memang tidak menjangka dapat mata paling tinggi minggu ini kerana rata-rata peserta memberi saingan cukup hebat. Ini kali pertama saya menang meskipun sertai liga berbayar sebelum ini. Terima kasih Kosmo!
MOHAMAD HUZAINI AB SAMAD (Klang, Selangor)
Pasukan: JDT 2 (117 mata)
Pengurus: Huzaini Jai
“Kalau ikutkan saya hanya main suka-suka saja. Terkejut juga bila diumumkan sebagai pemenang mingguan, tetapi memang saya sentiasa ikut perkembangan semasa pemain-pemain. Saya hanya mencuba, apa-apa pun terima kasih kepada Kosmo!
NOR AZIZAN AHMAD (Padang Serai, Kedah)
Pasukan: Dark Rider (105 mata)
Pengurus: Azizan Ahmad
“Bertahun-tahun saya bermain dan ini kali pertama saya berjaya menang dalam Liga Fantasi yang dianjurkan Kosmo! Saya adalah pembaca setia akhbar Kosmo! daripada harga 80 sen hingga RM2.00 ketika ini. Saya benar-benar terkejut kerana saingan Liga Fantasi Kosmo! semua hebat-hebat. Kajian pemilihan pemain kali ini sangat menjadi dan saya sangat gembira penggunaan Bench Boost membantu saya mendapat mata paling tinggi. Terima kasih Kosmo!
MUHAMMAD DANIEL TAN ABDULLAH (Mersing, Johor)
Pasukan: Malaysia Boleh (109 mata)
Pengurus: Muhammad Daniel
“Bukan saya saja tetapi anak dan suami juga sama-sama membantu memilih pemain terbaik. Kalau ikutkan kami satu keluarga main Liga Fantasi ini. Apabila Kosmo! menganjurkan liga sendiri iaitu Liga Fantasi Kosmo! saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta. Terima kasih Kosmo!
NURHIDAYATI BASIRUN (Lenggong, Perak)
Pasukan: PAU AL-SUFI (105 mata)
Pengurus: Team Pau Al-sufi
“Saya sangat terkejut menjadi antara Top 5 minggu ini kerana terlupa membuat pertukaran kerana perlawanan berlangsung awal pagi Sabtu. Namun, rezeki tidak salah alamat. Saya berterima kasih kepada Kosmo! kerana memberi peluang buat peminat bermain permainan Liga Fantasi untuk bersaing secara kompetitif.
MUHAMMAD WAQIUDDIN ISMAIL (Shah Alam, Selangor)
Pasukan: Tenggiling Merah (105 mata)
Pengurus: Waqiuddin Ismail