fbpx

Nilai bidaan masih belum cukup, peguam cari jalan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis berkawal di rumah Sajat bagi memantau keadaan ketika acara lelong dijalankan semalam.

PETALING JAYA – Pasukan peguam yang mewakili syarikat stokis, OWA Resources Sdn. Bhd. sedang menilai semula langkah seterusnya supaya mereka mendapat jumlah sepatutnya daripada hasil lelongan harta usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Zeti Zulkifli daripada firma guaman NHA Advocates & Solicitors berkata, hasil lelongan awal beberapa aset yang ada di dalam rumah Sajat masih belum mencukupi untuk melunaskan tuntutan pampasan anak guamnya.

Katanya, mereka hanya memperoleh RM132,000 melalui bidaan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Syazwan untuk 40 barangan yang dilelong.

“Masih ada baki RM50,000 yang perlu kami tuntut. Langkah seterusnya ialah kami akan menilai semula tindakan sete­rusnya.

“Kami akan mengira semula jumlah baki yang perlu diselesaikan dan jika masih tidak cukup, kami akan menjalankan satu lagi proses bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Tambahnya, kesemua aset yang dilelong telah dikeluarkan serta-merta dari rumah Sajat semalam seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI