fbpx

Sekurang-kurangnya Rossa kenal saya juga – Iqbal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Iqbal bersama Rossa yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Meskipun dijadikan bahan ejekan netizen susulan pendedahan penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak mengenali dirinya, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya wanita itu masih me­n­gingati dirinya.

Menurut Iqbal, 27, dia hanya dalam peringkat mahu mengenali penyanyi yang digelar Diva Indonesia itu tetapi tidak semestinya hasrat ingin berkenalan itu untuk ke arah perkahwinan.

“Benar apa yang saya katakan, saya masih mahu mengenali. Mengenali tidak semestinya mahu berkahwin. Berkawan, mungkin. Atau kerjasama apa yang boleh.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Rossa ingat saya menegur beliau, hanya saya seorang dari Malaysia ketika itu.

“Jangan risau, saya tahu untuk menjaga privasi dan kehormatan seseorang. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan. Saya juga masih sedar diri,” jelasnya dalam satu hantaran Instagram.

“Saya masih tahu cara apabila berurusan dengan orang profesional. Saya tahu ada sesetengah perkara hanya sekadar hiburan. Tak semua perkara saya bermain dalam media sosial.

Terdahulu, Rossa ketika ditemu bual media tempatan menerusi maya kelmarin terpinga-pinga apabila ditanya tentang hubungannya bersama Iqbal.

“Siapa ya? Maaf, saya tidak perasan sebab ramai yang datang bergambar dan sekejap sahaja. Saya terlupa,” katanya.

Baru-baru ini Iqbal memberi bayangan dia mempunyai hubungan baik dan saling menge­nali Rossa hakikatnya mereka baru pertama kali bertemu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI