fbpx

Glowpeach produk organik khusus untuk muka, badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIREEN enunjukkan produk keluaran terbaharu, Glowpeach yang bersesuaian untuk semua jenis kulit dan untuk menambah seri muka pelanggannya.

SHAH ALAM – Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan kesihatan dan kecantikan bukan semudah di­sangka kerana usahawan terpaksa berdepan dengan persaingan yang sengit di pasaran semasa.

Agak sukar juga jika mereka tidak memiliki pengalaman dan ilmu berniaga untuk berdepan dengan segala ke­renah dalam dunia perniagaan.

Bagi bekas pramugari, Khaireen Kamarulzaman, 23, segala cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk aktif berniaga dan mempromosikan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan baharunya iaitu Glowpeach.

Menurut beliau, produk tersebut dihasilkan daripada cetusan idea hasil kajian dan pengalamannya sendiri.

“Kesihatan dan kecantikan bagi saya amat penting dan ia perlu seiring dengan kehendak serta gaya hidup masyarakat yang mementingkan kesihatan dan penampilan hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk tersebut di sini baru-baru ini.

Khaireen menerangkan, produk yang telah menjalani kajian dan pembangunan selama hampir setahun itu diharap dapat menjadi pilihan pengguna kerana diformulasikan 100 pe­ratus daripada bahan asli semula jadi dan juga ekstrak daripada buah pic.

“Produk yang bersesuaian untuk muka dan badan itu di­unjurkan mencatat jualan sehingga 10,000 unit sebulan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI