fbpx

Buta lepas lahirkan anak bongsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Aisyah memimpin tangan ibunya, Che Mas untuk bergerak di dalam rumah mereka di Kampung Bunga Emas, Penambang di Kota Bharu.

KOTA BHARU – Kehidupan seorang warga emas berubah sekelip mata apabila dia hilang penglihatan setahun selepas melahirkan anak bongsunya, 27 tahun lalu.

Che Mas Awang, 67, yang ketika itu berusia 40 tahun terpaksa menyesuaikan diri dengan kea­daan tersebut sambil membesar lima anak di rumahnya di Kampung Bunga Emas, Penambang di sini.

Menurut Che Mas, sejak hilang penglihatan, dia bergantung dengan anak-anak untuk berge­rak lebih-lebih lagi selepas suaminya, Jaafar Ibrahim meninggal dunia enam tahun lalu.

Mengimbau kenangan lebih 20 tahun lalu, Che Mas berkata, dia menyedari penglihatannya mula kabur ketika waktu malam, namun tidak mengendahkannya.

“Ketika itu, saya bekerja sebagai tukang cuci dan pengasuh untuk membantu suami yang bekerja kampung.

“Selaput mata semakin me­nebal sehingga menjejaskan bahagian saraf. Keadaan mata saya bertambah teruk sebelum hilang penglihatan selepas melahirkan anak bongsu,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sementara itu, anak bongsunya, Siti Aisyah, 27, memberitahu, ibunya pernah menjalani rawatan laser untuk membuang selaput mata di sebuah hospital sebelum ini.

“Selepas menjalani rawatan, penglihatan ibu semakin kabur sehingga dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit.

“Selain itu, ibu juga mengalami sakit kepala teruk. Jadi saya (ketika itu berusia 11 tahun) terpaksa korbankan waktu belajar untuk menjaga ibu di wad,” katanya.

Tambah Siti, dia sekeluarga melakukan pelbagai ikhtiar termasuk kaedah tradisional, namun keadaan ibunya masih sama.

“Mengikut doktor, mata ibu sukar untuk baik kerana melibatkan saraf. Jadi kami lima beradik bergilir-gilir menjaganya. Kami tidak akan tinggalkan dia keseorangan kerana dia sukar untuk bergerak,” katanya.

Che Mas menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan wang tersebut digunakan dengan sebaik mungkin untuk membeli bara­ngan keperluan harian.

Orang ramai yang mahu membantu Che Mas boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301041000255210.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI