fbpx

Wujudkan segera talian khas kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan satu kejadian buli melibatkan beberapa orang pelajar yang tular di laman media sosial baru-baru ini.
SHAZWAN YUSOP, WARTAWAN EKSEKUTIF

KES buli berprofil tinggi melibat pegawai kadet laut yang juga pelajar Universiti Pertahanan Nasio­nal Malaysia, Zulfarhan ­Osman Zulkarnain telah membuka mata banyak pihak.

Dalam kejadian pada 2017 itu, Zulfarhan dibuli dengan teruk termasuk badannya ditekap de­ngan seterika wap sehingga menyebabkan kematian. Zulfarhan dipercayai diseksa tanpa belas kasihan semata-mata bagi mendapatkan pengakuan dia mencuri komputer riba.

Kes-kes buli di negara ini ba­nyak dilaporkan berlaku di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pusat latihan badan beruniform kerana berlaku secara tidak sedar.

Malah, ada guru, warden dan jurulatih seolah-olah memandang sepi setiap kejadian buli yang dilaporkan kerana menganggap isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, masalah buli berlaku disebabkan faktor warisan kerana budaya masyarakat di negara ini. Kejadian­ buli tidak hanya tertumpu kepada pelajar sekolah, universiti mahupun pusat latihan malah di semua peringkat.

“Buli ini wujud di sekeliling kita secara tidak sedar di pelbagai peringkat. Masalah ini berlaku disebabkan masyarakat sendiri yang memilih untuk mendiamkan diri.

“Seingat saya, sejak saya kecil pada 1970-an sudah ada kes buli sehingga sekarang. Jadi, ia bukan sesuatu yang menghairankan cuma yang berbeza adalah bentuk, format, skala dan darjah keganasannya.

“Dahulu, buli hanya mengejek-ejek, tetapi kini terarah kepada kecederaan fizikal sehingga membawa kematian,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Baru-baru ini, Kosmo! me­laporkan video kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Pe­rak yang tular dalam media sosial.

Video itu memaparkan beberapa pelajar menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.

Kamal Affendi menegaskan, masyarakat harus memainkan peranan dengan tampil ke depan untuk membuat laporan apabila melihat atau mendengar kes buli.

Jelasnya, usaha itu sedikit sebanyak dapat mengelak kejadian buli itu menjadi lebih parah seterusnya kehilangan nyawa.

“Biasanya, mangsa buli takut hendak melaporkan kepada guru. Jadi, saya rasa sudah tiba masa­nya diwujudkan talian khas buli.

“Dengan adanya talian ini, pelajar atau mangsa buli lebih yakin untuk melaporkan kejadian­ yang berlaku tanpa perlu rasa bimbang identiti mereka diketahui oleh pembuli,” terangnya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Rozmi Ismail memberitahu, mangsa buli berpotensi mendapat dua kesan negatif.

Menurut beliau, ia melibatkan kesan fizikal se­perti kecederaan pada anggota badan dan juga gangguan terhadap emosi dan psikologi.

Beliau menegaskan, gangguan secara psikologi dan emosi lebih membimbangkan apabila mangsa­ berterusan dibuli sehingga boleh mendorong kepada pera­saan ingin membunuh diri.

“Mangsa buli akan mengalami­ kesan psikologi yang sangat te­ruk. Mereka berasa kurang keyakinan diri, tekanan emosi dan rasa takut yang berlebihan untuk tempoh yang lama.

“Ketakutan berlebihan ini akan menyebabkan mangsa bimbang akan diapa-apakan oleh suspek sekiranya melaporkan kejadian buli kepada guru sekali gus membuatkan ia terus berlaku,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI