fbpx

Pemandu lori ditahan tidak sampai sejam bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) dibawa masuk untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemandu lori tergamam apabila ditahan polis tidak sampai sejam bergelar pengantin baru bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di Pejabat Agama Islam Daerah Kemaman di sini semalam.

Sewaktu ditahan, lelaki berusia 22 tahun tersebut baru selesai melangsungkan akad nikah dengan pasangannya di premis berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan suspek yang berasal dari Kampung Seberang Tayor di sini itu bagi membantu siasatan kes samun di sebuah rumah sarang burung Kampung Mak Lagam di sini pada 21 September lalu.

“Serbuan dilakukan setelah kita mendapat maklumat suspek berada di pejabat agama (Islam Kemaman) pada waktu itu.

“Sebenarnya dia sudah lama diburu termasuk menjejakinya di rumah bagi membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, lelaki itu disyaki terlibat bersama dua suspek lain berusia 29 dan 33 tahun dalam kes jenayah berkenaan.

Tambah beliau, kedua-dua suspek itu telah diberkas dan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan berkenaan pada bulan November lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI