fbpx

Ibu kandung didakwa dera anak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R. Kaleswary didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas dua pertuduhan mendera dan menyebabkan kematian anak lelakinya.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kematian anak lelakinya yang berusia lima tahun, awal bulan ini.

Tertuduh, R. Kaleswary, 35, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Normadiana Mamat.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kaleswary telah dengan sengaja menyebabkan kematian P.J. Samsoon Paul di sebuah premis di Taman Tan Sri Yaakub, Iskandar Puteri antara pukul 9 pagi hingga 12.20 tengah hari pada 3 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, tertuduh bersama teman lelakinya, Muhammad Iskandar Abdullah, 32, turut berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini atas didakwa secara bersama telah menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di lokasi sama antara April hingga 3 Disember lalu.

Kaleswary mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan manakala Muhammad Iskandar yang bekerja sebagai penghantar gas mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Hukuman terhadap Kaleswary bagaimanapun ditangguh terlebih dahulu kerana menunggu laporan bedah siasat yang lengkap.

Kosmo! pada 5 Disember lalu melaporkan kedua-dua tertuduh telah ditahan polis selepas mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 3 Disember lalu untuk mendapatkan rawatan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI