PUTRAJAYA – Kes harian kembali melepasi angka 4,000 dengan 4,097 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,699,240 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan di laman Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE