fbpx

PRN Sarawak: Peratus keluar undi cecah 76 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Peratusan pengundi awal keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini dilaporkan mencecah 76 peratus setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Jumlah berkenaan dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

Pada PRN kali ini, sebanyak 85 pusat mengundi awal dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Terdahulu, seramai 23,043 pengundi awal membabitkan 69 kawasan DUN mula membuang undi pagi ini.

Daripada jumlah itu, seramai 10,458 merupakan anggota dan pegawai polis serta pasangan, manakala selebihnya membabitkan anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI