fbpx

Tiga kereta terbakar di kuarters penjawat awam Presint 5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan tiga kenderaan tersebut.

PUTRAJAYA – Tiga buah kereta yang diletak di kawasan parkir kenderaan di kuarters penjawat awam Blok E 5R3 di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.24 pagi itu, tiga buah kereta jenis Honda City, Honda BRV dan Perodua Myvi musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, penduduk mendakwa berlaku satu letupan daripada kereta Honda City yang kemudian mencetuskan kebakaran sebelum api menyambar kereta Honda BRV dan Perodua Myvi yang diletakkan bersebelahan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Che Shaari Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.24 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pukul 2.45 pagi.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 2.57 pagi dan tiada mangsa dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Sebuah jentera dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini

Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI