fbpx

Bunga sakura hiasi loji kumbahan tampak seperti taman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan di kawasan loji kumbahan yang dihiasi bunga sakura yang cantik hasil perkongsian sebuah video pengguna laman sosial.

PETALING JAYA – Pemandangan sebuah loji kumbahan terserlah dengan kehadiran ‘bunga sakura’ yang menghiasi persekitaran hingga menjadi cantik dan mendamaikan sekali gus mengundang perhatian orang ramai.

Pemandangan loji kumbahan itu menjadi tular selepas sebuah video dimuat naik seorang pengguna @youzernotfaun di laman sosial.

Loji kumbahan itu didakwa orang ramai berada di sebuah lokasi di Sungai Petani, Kedah.

“Suasana pemandangan loji kumbahan di Sungai Petani,” dakwa pengguna bernama @youzernotfaun secara ringkas.

Rata-rata pengguna media sosial meminta pihak majlis perbandaran mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan meskipun berada di loji kumbahan yang akan berhadapan bau yang kuat, tetapi akan akan menjadi tumpuan orang ramai.

“Mohon pihak majlis perbandaran mewartakan loji kumbahan ini sebagai kawasan pelancongan atau kawasan tumpuan,” kata @UtchihaArkiey

“Cantik tempat ini tetapi kalau datang sini kena pakai pelitup muka dan sembur minyak wangi banyak-banyak,” seloroh @cloutypan.

“Kolam takungan najis pun boleh jadi tular kalau sudah cantik,” ujar @nadyana. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI