fbpx

21 mangsa banjir di Bandar Baharu dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Bandar Baharu memindahkan seorang penduduk kampung yang juga OKU ke PPS SK Sungai Kechil Ulu di Bandar Baharu hari ini.

BANDAR BAHARU – Seramai 21 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu selepas rumah mereka di mukim Bagan Samak di sini dilanda banjir kilat pada petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu dibuka kira-kira pukul 8 malam ini.

“Seramai 21 mangsa ditempatkan di PPS dan tiada penambahan mangsa setakat ini.

“Paras air sudah surut, namun keadaan cuaca masih lagi hujan renyai,” katanya  di sini hari ini.

Kata beliau, sebanyak 21 buah rumah di tiga kampung dan sebuah taman perumahan dinaiki air.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas hujan lebat lebih sejam di daerah ini  sehingga berlaku limpahan air dari  Sungai Tepus dan kawasan bukit berhampiran.

“Kira-kira pukul 4.30 petang tadi, paras air semakin meningkat sehingga 0.5 meter dan ada rumah yang ditakungi air serta lumpur,” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI