fbpx

Undian semula UCL: PSG bertemu Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik oleh Twitter UEFA.

NYON, Switzerland – Kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) akan membuat perhitungan ‘buku bertemu ruas’ menentang juara 13 kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Real Madrid pada aksi pusingan 16 terbaik, Februari depan.

Sebagai rekod, sesi undian terpaksa dilakukan semula selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan terdapat kesilapan teknikal pada undian pertama yang dilakukan pada pukul 7 malam tadi.

Lebih menarik, pertembungan ini bakal menyaksikan kepulangan semula pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi ke bumi Sepanyol sejak berhijrah ke PSG, Ogos lepas.

Kedua-dua pasukan yang dianggap sebagai calon pilihan untuk bergelar juara musim ini sekadar menamatkan kempen Liga Juara-Juara di peringkat separuh akhir musim lalu.

Sementara itu, juara musim lalu, Chelsea mendapat undian mudah selepas dijadualkan menentang juara Ligue 1 Perancis, Lille manakala naib juara, Manchester City akan menentang Sporting Lisbon

Dua lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Liverpool diundi bertemu juara Serie A, Inter Milan manakala Manchester United bertemu juara La Liga, Atletico Madrid. – AGENSI

UNDIAN PENUH PUSINGAN 16 TERBAIK

RED BULL SALZBURG lwn BAYERN MUNICH
SPORTING LISBON lwn MAN. CITY
ATLETICO MADRID lwn MAN. UNITED
INTER MILAN lwn LIVERPOOL
CHELSEA lwn LILLE
PSG lwn REAL MADRID
VILLAREAL lwn JUVENTUS
BENFICA lwn AJAX AMSTERDAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI