fbpx

Pertembungan ego Messi, Ronaldo kembali marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dan Ronaldo bakal berentap apabila PSG dan United diundi bertemu pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara kali ini. - AFP

NYON, Switzerland – Kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) akan membuat perhitungan ‘buku bertemu ruas’ menentang jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada aksi pusingan 16 terbaik, Februari depan.

Pada majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, PSG yang dibimbing oleh Mauricio Pochettino terpaksa akur selepas meraih kedudukan naib juara Kumpulan A manakala The Red Devils mengungguli takhta Kumpulan F.

Pertembungan ini bakal menyaksikan perseteruan semula dua pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo yang kini mewakili United menentang Lionel Messi bersama PSG.

Sebagai rekod, United dan PSG telah bertemu pada pusingan 16 terbaik musim 2018/2019 dengan kemenangan berpihak kepada The Red Devils menerusi jaringan tempat lawan selepas keputusan terikat 3-3.

Sementara itu, juara musim lalu, Chelsea mendapat undian mudah selepas dijadualkan menentang juara Ligue 1 Perancis, Lille manakala naib juara, Manchester City akan menentang Villareal selain Liverpool dijangka tidak berdepan masalah untuk menjinakkan RB Salzburg. – AGENSI

 

 

PUSINGAN KALAH MATI

BENFICA lwn REAL

VILLARREAL lwn MAN. CITY

ATLETICO lwn BAYERN

SALZBURG lwn LIVERPOOL

INTER lwn AJAX

SPORTING lwn JUVENTUS

CHLESEA lwn LILLE

PSG lwn MAN. UNITED

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN