fbpx

Korban puting beliung di Kentucky dijangka meningkat melebihi 100 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku di bandar Mayfield semalam. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengisytiharkan bencana utama di Kentucky semalam selepas negeri itu dilanda beberapa puting beliung ganas yang meragut puluhan nyawa dan meranapkan bandar-bandar di rantau Midwest.

Susulan permintaan gabenor negeri Kentucky, Biden mengubah perisytiharan kecemasan sebelumnya kepada bencana utama sekali gus membolehkan bantuan persekutuan disalurkan bagi usaha pemulihan.

Beliau menggelar puting beliung yang melanda bahagian tengah AS pada hujung minggu lalu itu sebagai antara ribut paling kuat dalam sejarah Amerika.

Ketika pekerja-pekerja kecemasan meneruskan usaha mencari mangsa terselamat, pegawai persekutuan dan tempatan memberi amaran bahawa angka kematian setakat ini adalah 94 orang dan akan terus meningkat.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear berkata, anjing-anjing pengesan masih menemui mayat-mayat mangsa.

“Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah berkabung bersama-sama dan kita akan melakukannnya sebelum kita meneruskan pembinaan semula,” kata  Beshear pada sidang akhbar tengah hari semalam.

Di Kentucky sahaja lebih 80 orang terkorban dengan kebanyakan mereka ialah pekerja di sebuah kilang lilin di bandar yang paling teruk terjejas, Mayfield, kata Beshear semalam.

“Angka tersebut akan meningkat melebihi 100 orang,” katanya kepada CNN.

Sekurang-kurangnya enam orang lagi meninggal dunia di sebuah gudang Amazon di bandar Edwardsville, selatan negeri Illinois. Kesemua mangsa terkorban semasa  mereka bekerja syif malam untuk memproses  pesanan menjelang Hari Krismas. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI