fbpx

Hamilton akur gagal raih gelaran kelapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON

ABU DHABI – Meskipun terlepas gelaran dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dilihat menghormati keputusan tersebut sambil mengucapkan tahniah kepada seteru utama­nya, Max Verstappen selepas dinobatkan sebagai juara dunia F1 bagi musim 2021.

Pada saingan tersebut, Hamilton hampir melengkapkan sejarah untuk meraih gelaran dunia kelapannya dalam perlumbaan F1 selepas menguasai sepanjang perlumbaan penutup musim di Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

Bagaimanapun, perlumbaan itu berakhir dengan kontroversi berikutan Red Bull Racing didakwa meraih kemenangan atas bantuan pengarah perlumbaan dengan mendakwa me­langgar peraturan kereta keselamatan badan induk sukan itu.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Verstappen dan pasukannya. Saya rasa kami telah melakukan kerja yang menakjubkan tahun ini, pasukan saya dan semua orang termasuk yang membantu saya, telah bekerja keras sepanjang tahun ini.

“Saya akui ia adalah musim yang paling sukar. Saya sangat bangga dapat meneruskan perjalanan yang luar biasa ini bersama mereka semua. Saya te­lah memberikan segala-galanya dan tidak pernah berputus asa dan itu yang paling penting.

“Sudah tentu saya berasa hebat di dalam jentera ini ter­utama pada perlumbaan ter­akhir ini. Akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua. Kita akan berusaha pada tahun depan,” katanya.

Prinsipal pasukan Mercedes, Toto Wolff dilihat berang de­ngan insiden tersebut tersebut sekali gus mencabar keputusan yang dilakukan FIA.

Bagaimanapun, dua rayuan yang dibuat Wolff ditolak bulat-bulan oleh FIA sekali gus memastikan Verstappen dinobatkan sebagai juara dunia baharu bagi perlumbaan F1 musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI